2011年12月8日星期四

Refleksi
Kekuatan
Kelebihan pada akhir pengajaran dan pemebelajaran yang telah saya laksanakan ialah objektif pengajaran dan pembelajaran saya tercapai. Hasil pembelajaran juga tercapai. Murid dapat menguasai isi pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran yang disampaikan dengan memuaskan. Guru juga telah Berjaya menghasilkan sebuah pengajaran dan pembelajran yang berkesan.
Murid yang terlibat secara aktif dan mampu mengikuti isi pelajar yang ingin disampaikan. Isi pelajaran yang bersesuaian dan murid dapat konsep yang ingin diberi penegasan. AKtiviti yang dirancang dapat memupuk nilai kerjasama antara murid –murid serta mengukuhkan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan. Juga tidak ketinggalan dengan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian murid dan seterusnya  dapat meningkatkan pencapaian objektif  pembelajaran pada hari itu. Selain itu, kawalan kelas turut berjalan dengan teratur dan lancar.
Penerapan nilai diterapkan mengikut situasi pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang. Interasi dan komunikasi antara guru dengan murid sangat penting untuk memastikan murid memahami isi pelajaran dan kemahiran yang disampaikan oleh itu Sebagai seorang guru semasa menerang sesuatu konsep dengan menggunakan intonasi yang betul dan jelas supaya murid dapat difahami dengan mudah.Seterusnya saya boleh mendapati murid-murid saya dapat belajar dengan hati yang gembira. Semasa saya menenyoal soalan , jika ada murid yang menjawab dengan betul saya juga membuat peneguhan melalui pujian dan teguran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Secara keseluruhan, kekuatan sesi pengajaran dan pemebelajaran ialah murid dapat memahami sesi pengajaran dan pembelajaran yang guru sampaikan.




Kelemahan
Kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah pengurusan masa. Saya mendapati bahawa terdapat kumpulan yang terlalu lemah dalam mengikut arahan guru yang disampaiakn , mereka memerlukan guru membimbing untuk menjawab soalan yang ditanya. Saya telah mengambil masa yang lama semasa membimbing kumpulan itu, ini disebabkan beberapa murid tidak member perhatian semasa guru mengajar di depan dan suka berbual -bual dengan kawanya.

Cara mengatasi/ Penambahbaikan
Kelemahan yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran perlu diatasi. Guru perlu memikir alternative yang sesuai untuk memperbaiki kelemahan yang kenalpasti. Guru perlu sentiasa peka dengan perkembangan semasa untuk dikongsi bersama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain tiu, saya perlu menyediakan pelbagai aras soalan di dalam lembaran kerja. BAgi mengatasi masalah pengurusan masa, saya perlu mengkaji dan menyelidik beberapa faktor masa aktiviti supaya murid dapat memahami kehendak soalan atau arahan yang diberi. Masa sesi pengajaran dan pembelajaran agak singkat menyukarkan gurhu untuk menyebabkan murid kelihatan agak pasif. Selain itu, guru juga harus menyediakan lembaran kerja berasingan mengikut aras pengetahuan murid supaya semua murid boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, saya juga dapat memastikan murid-murid saya menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh saya dengan lengkap dan sempurna melalui pemantauan kelas. Selain itu, aktiviti semasa pengajaran dan pembelajran juga perlu ditambah dengan yang berpusatkan murid. Ahl ini, adalah penting untuk memastikan murid agar tidak hilang tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu bijak semasa mengendalikan aktiviti untuk murid agar semua murid faham apa yang perlu dilakukan.

没有评论:

发表评论