2011年12月5日星期一

Rancangan Pengajaran Harian

Tema                                       :  Mesra Jiran
Tajuk                                       :  Jiran saya
Kelas                                       : 1A
Bilangan murid                       : 32 orang
Fokus utama:
Standard kandungan               : 4.1 Menyebut dan memahami unsur  seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Standard Pembelajaran           : 4.1.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara didik hibur
Fokus sampingan
Standard kandungan               :  1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran           : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

Objektif:  Pada akhir pengajran, murid dapat:
i)                    Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
ii)                  Menamakan kata nama Am yang terdapat dalam gambar.
Pengisian kurikulum
i)                    Ilmu: Pendidikan Moral
Nilai: Kasih sayang, keberanian
ii)                  KBT: Verbal linguistic, Visual ruangn, Kinestetik
Sistem bahasa:
Tatabahasa: Kata nama am


Perkembangan dan masa
Aktiviti guru
Aktiviti pelajar
Kaedah strategi
Set induksi
4 minit
Guru mempamerkan seni kata lagu “ Datuk Saya Ada Kebun”dan menyebut seni kata lagu tersebut.

Guru dan murid menyanyi beramai-ramai sambil melakukan aksi yang sesuai.
Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan aksi yang sesuai.

Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas.
Menyanyi seluruh kelas

Lampiran 2
Seni kata lagu “ Datuk Saya Ada Kebun”

Langkah 2
12 minit
Guru memaparkan gambar tunggal pada papan tulis.

Murid diminta menamakan Kata Nama Am yang terdapat dalam gambar tersebut dan membincangkan tentang perkataan tersebut.
Contoh
-          Bunyi haiwan

Penyoal seluruh kelas dengan menggunakan teknik menyanyi

Nilai kasih Sayang

Lampiran 1
Gambar tunggal ( carta gambar atau slaid powerpoint.)
Langkah 3
10 minit
Guru menyediakan 5 kepiing kad perkataan .
( anjing, arnab, kambing, burung, kucing)

Guru memilih 5 orang murid secara rawak.

Guru meminta murid membaca nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.

Guru meminta murid melekatkan kad perkataaan di depan.
Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pada gambar yang sesuai pada Lampiran 1.

kemudian murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan sebuatan yang betul.

murid yang melekatkan kad perkataan diminta bercerita tentang haiwan-haiwan yang telah disebut tadi
KBT: Kontekstual
Nilai: keberanian


Lampiran 3 – kad perkataan

Lampiran 1- Kad gambar
Langkah 4
4 minit
Guru meminta murid menyanyi semula lagu “ Datuk Saya Ada Kebun” dengan intonasi dan gaya dan sesuai sebagai penutup.
Murid diminta menyayikan semula lagu lagu “ Datuk Saya Ada Kebun” dengan intonasi dan gaya dan sesuai sebagai penutup.
Menyanyi seluruh kelas

Lampiran 2- Seni kata lagu “ Datuk Saya Ada Kebun”







Seni kata lagu       (Datuk Saya Ada Kebun)

Datuk saya ada kebun,
Iyo iyo o,
Di kebunnya ada ayam,
Iya iya o…
Kok, kok ni, dan kok kok tu,
kok ni kok yu
Kok, kok, kok, kok, kok

Datuk saya ada kebun. Iya iya o,
Di kebunnya ada itik,
iya iya o…
Kuek,kuek ni dan kuek kuek tu,
Kuek ni kuek tu,
Kuek, kuek, kuek, kuek, kuek,
( ulang untuk semua haiwan)
Irama lagu “ Pak Mamat Ada kebun”